Semester Kedua 2015/16
CPE3201 Bimbingan Dan Kaunseling Untuk Pengamal Sumber Manusia
Dr Rusnani Abdul Kadir (KB08; PA0985) Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM
[email protected] 013-3644382
Sinopsis kursus Kursus ini merangkumi definisi,
falsafah dan prinsip bimbingan dan kaunseling, teori, teknik dan proses kaunseling, etika kaunseling, kaunseling individu, bimbingan kelompok, perkembangan kerjaya, dan peranan kaunselor dalam pembangunan sumber manusia.
1. 2. 3. 4. 5.
6. 7.
definisi, falsafah dan prinsip bimbingan dan kaunseling, teori, teknik dan proses kaunseling, etika kaunseling, kaunseling individu, bimbingan kelompok, perkembangan kerjaya, dan peranan kaunselor dalam pembangunan sumber manusia.
Pada akhir perjumpaan ini pelajar dapat: 1. Menjelaskan beberapa konsep asas
berkaitan bimbimbingan dan kaunseling 2. Menghuraikan perbezaan antara bimbingan, kaunseling dan psikoterapi 3. Menghuraikan teori/pendekatan kognitif, afektif, dan tingkah laku
Bimbingan & Kaunseling Dua konsep berkembar… wujud dalam dunia pendidikan Tidak mempunyai makna yang sama
Bimbingan menunjuk arah,
memaklum, memberitahu, membimbing ke arah ….
Bimbingan o Menyampaikan
maklumat o Menjelaskan sesuatu o Unsur memberi nasihat / pandangan o Berorientasikan pendidikan
Kaunseling Proses interaksi bersemuka di antara kaunselor dan klien, bertujuan untuk membantu klien mengurus isunya.
Psikoterapi (terapi)
Therapy… treatment intended
Terapi bekam
to relieve or heal a disorder. "a course of antibiotic therapy“ Synonyms: treatment, remedy, cure
Terapi aroma Terapi ‘antibiotic’ Physiotherapy Occupational
therapy Speech therapy Psychotherapy
Psychotherapy the treatment of
mental or psychological disorders by psychological means "he is currently in therapy“
4 Komponen Kaunseling 1. Kaunselor 2. Klien
3. Tujuan/matlamat 4. Hubungan
Mitos Kaunseling SALAH TANGGAPAN / SALAH FAHAM TENTANG KAUNSELING
Mitos kaunseling Ramai orang memiliki tanggapan awal tentang apa
itu kaunseling dan apa yang kaunseling boleh atau tidak boleh lakukan. Tanggapan/ mitos ini boleh menghalang seseorang dari mendapat khidmat kaunseling atau Menghalang dia maju dalam kaunseling kerana idea begini boleh mempengaruhi bakal klien secara negatif.
1. Kaunseling untuk orang sakit jiwa 2. Orang yang tidak dikenali tidak boleh
3. 4. 5.
6.
membantu Kaunselor hanya mendengar, dan tidak berbuat apa-apa. Kaunseling mengambil masa yang lama Orang lain tahu tentang perjumpaan dengan kaunselor Kaunseling akan mengubah siapa diri saya
Mitos 1: Untuk orang yang sakit jiwa Hakikatnya: Untuk orang yang mengalami masalah (sementara) atau situasi yang mengganggu kehidupan harian, atau mahu membaiki diri.
Stres/Tekanan } kemurungan } perubahan kebimbangan/anziati } Selalu menagguh kerja
Sakit jiwa = rawatan psikiatri
Mitos 2: Orang yang tidak dikenali tidak boleh membantu Hakikatnya: Kebanyakan orang lebih mudah untuk mencurahkan masalah dan kebimbangan mereka kepada orang yang tidak dikenali, bukan kepada orang yang mereka rapat atau sayang…spt rakan, ahli keluarga Kaunselor profesional tidak terlibat dlm kehidupan peribadi klien …tidak ada vested interest --- dengan itu tidak bias. Etika kaunseling – tiada hubungan emosi antara kanselor-klien
Mitos 3: Kaunselor tidak buat apa-apa Hakikat: Kaunselor mendengar Kaunselor memberi respon lisan & tanpa lisan Kaunselor bantu mengenalpasti isu utama dan menjelas perspektif Kaunselor mencabar pemikiran dan pandangan klien Kaunselor menggalak klien meneroka kepercayaan dan idea yg membatasi diri mereka. Strategi bergantung kpd teori yang diguna
Mitos 4: Kaunseling mengambil masa Hakikat: Kaunseling perlu masa. Perubahan perlu masa. Klien berbeza dari segi keperluan kepada keperihatian, ruang untuk berfikir, dan perhatian. Semakin berat dan kompleks isu yang dihadapi, semakin banyak masa diperlukan. Semakin klien tidak bersedia untuk berubah, semakin banyak masa diperlukan
Kaunseling jangka pendek (berminggu atau
berbulan) –cukup jika klien yang fokus kpd matlamat Kaunseling jangka panjang – jika perlukan fokus kpd perkembangan kesejahteraan mental dan personaliti.
Mitos 5: Orang lain tahu … Hakikat: hubungan kaunseling adalah sulit. Orang lain tahu jika klien yg beritahu. Etika: 1. Kerahsiaan 2. Batasan kerahsiaan
Mitos 6: Kaunseling akan mengubah diri Hakikat: Kaunseling memberi peluang untuk meneroka isu masa lepas bagi membolehkan klien maju Klien mengalami perubahan dalam pemikiran dari satu sesi ke sesi yang lain. Progres positif yang membebaskan diri klien dari keadaan negatif yang mengganggu hidupnya Etika – kaunseling ada matlamat… bukan sembang kosong
4 Komponen Kaunseling 1. Kaunselor 2. Klien
3. Tujuan/matlamat 4. Hubungan
1. KAUNSELOR Ilmu / Pengetahuan Kemahiran (komunikasi) Sikap (nilai kemanusiaan) TERLATIH Berdaftar dan ada Perakuan Amalan
(Akta Kaunselor (860))
2. KLIEN Individu yang… Menghadapi halangan dalam hidupnya Berkonflik untuk mengambil keputusan Keliru dengan beberapa pilihan Mahu mempertingkat/memperbaiki diri BUKAN individu yang menghadapi masalah mental atau jiwa
…menghadapi halangan dlm hidup Tabiat tidak sihat Perasaan negatif terhadap diri (harga diri
rendah) Emosi bercelaru / negatif (spt perasaan sedih, marah, bersalah) Tiada / tidak cukup maklumat Tidak pandai membuat keputusan
Setiap dari kita berpotensi menjadi klien
3. TUJUAN/MATLAMAT Membantu klien mengurus isunya.
ISU pelajaran/akademik pekerjaan/kerjaya hubungan interpersonal keluarga Peribadi (contoh: penagihan)
4. Interaksi (hubungan) Bersemuka
Berlandaskan hormat menghormati,
kepercayaan, komunikasi berkesan, penerimaan Hubungan interpersonal untuk klien berkongsi pengalaman dan pemikiran, serta menyatakan perasaan Sukarela dan terbuka
Hubungan Kaunseling 1. Menolong 2. Profesional 3. Teraputik (diterima, tidak
dihakimi, dipercayai, rasa selamat, rasa dirawat) 4. Bersemuka “ecounseling ; tele kaunseling”
RUMUSAN..
Kaunseling BUKANLAH…. Sesi sembang-sembang Memberi nasihat atau cadangan Memberi maklumat sahaja
Proses interogasi / temuduga Semata-mata menyelesaikan
masalah … tetapi juga melibatkan perkembangan diri
Bentuk pengendalian kaunseling • Individu • Kelompok • Berdua,
berpasangan • Beberapa ahli keluarga
Proses Kaunseling Individu Memakan masa
mula
Ada urutan aktiviti
dari mula hingga akhir
akhir
2
4
3
Kitaran proses kaunseling 1. Bina hubungan 2. Penerokaan 3. Kenal pasti isu (masalah ) 4. Bina Matlamat 5. Memilih alternatif 6. Mengambil tindakan 7. Tamat hubungan dan membuat susulan
AKTIVITI PEMBELAJARAN SENDIRI
Sila dapatkan bahan bacaan, baca
dan faham tentang proses kaunseling dan setiap langkah dalam proses berkenaan.
Siapa Kaunselor? Ilmu Kemahiran Sikap
Ilmu seorang kaunselor Psikologi Komunikasi Agama Undang-undang Perubatan ……
Sikap/Personaliti Kaunselor Suka menolong Sukakan manusia
Prihatin kepada kesusahan orang
lain (simpati) Empati Mudah didampingi Berpegang kepada prinsip dan etika kaunseling
EMPATI Daya menyelami dan memahami
perasaan atau emosi orang lain – DBP online Keupayaan memahami atau merasai apa yang dirasai oleh orang lain menurut perspektifnya; i.e., the capacity to place oneself in another's shoes. Empati boleh menghasil tingkah laku menolong
Adakah anda memiliki personaliti mudah didampingi?
Personaliti ‘mudah didampingi’ • Mesra • Senyum • Berhemah • Tidak garang • Tidak cerewet • Sabar • Tidak hurried (sibuk, tidak tergesa-gesa)
Kemahiran seorang kaunselor KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
Kemahiran Asas Kaunseling 1. Kemahiran mendekati 2. Kemahiran melayan 3. Kemahiran mendengar 4. Kemahiran memberi respon 5. Kemahiran merujuk
1. Kemahiran mendekati Personaliti mudah
didekati • Prihatin/cakne/ambil peduli • Ikhlas hendak menolong • Berkemahiran bertegur sapa
2. Kemahiran Melayan Pengunaan pergerakan bukan lisan untuk melayan Kedudukan semasa melayan: SOLER
Sitting at angle Open posture Leaning forward Eye contact Relax
Memahami perlakuan bukan lisan
1. 2. 3. 4. 5. 6.
Ekspresi wajah Kualiti suara Pergerakan kaki Pergerakan tangan Penampilan Keselarasan antara lisan dengan bukan lisan
3. Kemahiran mendengar Active listening Reflective listening Listening with the ‘third ear’ Mendengar kepada isi & perasaan Mendengar kepada bahasa badan
Mendengar Ditunjukkan melalui Tindak
balas secara tanpa lisan: Mengangguk, Pandangan mata yang selesa, Kedudukan tubuh badan (SOLER) Tindak balas secara lisan Mendengar dengan sabar
Mendengar dengan sabar
SABAR… Jangan
mencelah Jangan beri perkataan Beri tumpuan penuh
4. Kemahiran memberi respon i. ii. iii. iv. v.
Dorongan minima Parafrasa Meminta penjelasan Menyoal Refleksi
i. Memberi Dorongan minima Tanpa lisan:
Mengangguk; “Hmm Hmm”; pandangan yang selesa Secara lisan: “Ya”; “Oh, begitu”; “Ah..ha…”
i. Memberi Dorongan minima
TUJUAN: Mengalakkan klien untuk terus bercerita Menunjukkan kaunselor sedang mendengar Menunjukkan kaunselor faham dan mengikuti apa yang sedang diceritakan oleh klien
ii. Paraprasa ~ Penyataan semula kenyataan atau
mesej yang dibawa klien; dan kaunselor mengulangnya untuk mendapatkan kepastian daripada klien (biasanya ringkas dan mengguna
perkataan lain)
Paraprasa
CONTOH:
Klien: Penyelia kata saya tidak buat kerja dengan betul. Dia selalu tegur saya dengan kasar di hadapan pekerja lain. Macam sengaja nak malukan saya. Tulah yang saya naik angin ni…. Kaunselor: Penyelia marah awak di depan pekerja lain.
iii. Meminta penjelasan
~Digunakan sekiranya terdapat kekeliruan atau perubahan pada percakapan, tingkah laku atau emosi klien.
Untuk memastikan kaunselor benarbenar memahami cerita klien atau perasaan yang sedang dialami klien
Meminta penjelasan Contoh: “Boleh terangkan maksud gagal dalam cerita awak tadi.” “Cuba beritahu saya apa yang awak tidak faham tentang arahan tu”
iv. Kemahiran Menyoal (soalan releven) Soalan tertutup Tujuan: mendapatkan data; jawapan khusus. Dijawab menggunakan satu atau dua perkataan; menyekat respon
Contoh:
iv. Kemahiran Menyoal Contoh:
Soalan terbuka Tujuan: perbincangan, meminta penjelasan dan huraian.
Tiada jawapan khusus; jawapan pelbagai
Kenal pasti … Berapa
Bila Bagaimana Siapa Apa Di mana Kenapa
v. Refleksi
Memahami makna sesuatu peristiwa yang cuba disampaikan klien dengan menggunakan perkataan yang ringkas, padat dan tepat. Refleksi isi & Refleksi perasaan
Refleksi isi
Klien: Penyelia kata saya tidak buat kerja dengan betul. Dia selalu tegur saya dengan kasar di hadapan pekerja lain. Macam sengaja nak malukan saya. Tulah yang saya naik angin ni…. Kaunselor: Penyelia kata awak tak buat kerja betul
Refleksi perasaan
Klien: Penyelia kata saya tidak buat kerja dengan betul. Dia selalu tegur saya dengan kasar di hadapan pekerja lain. Macam sengaja nak malukan saya. Tulah yang saya naik angin ni…. Kaunselor: Awak rasa malu bila penyelia tegur macam tu.
vi. Merumus Mengumpulkan semula faktor / isu penting yang disebutkan klien, meringkaskannya dan dikemukakan semula kepada kien. Tujuan: Memberi struktur atau panduan tentang perkembangan sesi. Rumusan kecil – beberapa kali dalam sesi
Rumusan besar – sekali, pada akhir sesi
Rumusan kecil:
“Tadi awak telah ceritakan apa yang berlaku ditempat kerja dan bagaimana kejadian itu telah menyebabkan awak kecewa dan sekarang awak sedang berfikir untuk berhenti bekerja.”
Rumusan besar: “Sudah 40 minit kita berbincang, sebelum kita berhenti saya ingin merumuskan perbincangan dan keputusan yang kita setuju bersama. Pertama awak telah ceritakan masalah yang awak hadapi, yang telah menyebabkan awak kecewa dan nak berhenti bekerja. Kemudian kita berbincang baik buruk pilihan awak. Dan tadi kita bersetuju yang awak akan balik berbincang dengan isteri dahulu. Dan minggu depan kita berjumpa untuk melihat kembali hasilnya.”
5. Kemahiran membuat rujukan ….. menyerah kepada profesional lain KERANA… • Tiada kepakaran • Bercanggah pendapat/nilai
(tiada rasa hormat)
Etika (asas) Kaunseling Kerahsiaan Pertalian emosi Pertalian darah Batasan kerahsiaan
SULIT (CONFIDENTIAL)
Prinsip Kaunseling
1. Setiap individu itu unik
2. Setiap individu berpotensi 3. Setiap individu mahu dihargai
4. Setiap individu mahu dihormati 5. Setiap individu ingin berubah kepada
yang lebih baik
Akhir kata ….. Pra syarat menolong ialah mengenali
individu yang hendak ditolong Pra syarat mengenali orang lain adalah mengenali diri sendiri Know yourself before
you know others
RUMUSAN Definisi B&K Falsafah & prinsip B&K Proses kaunseling Kemahiran asas kaunseling Etika kaunseling
TERIMA KASIH