BBM 3206 Semantik
Prof Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia
Objektif 2: merungkai konsep asas semantik dan teori semantik (P4)
Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik a) Pengenalan bidang semantik b) Perkembangan bidang semantik c) Pengertian makna secara referensial
d) Pengertian makna secara kontekstual
zazh/upm
2
Pengenalan Semantik Bidang semantik merupakan satu bidang dalam kajian linguistik yang mengkaji makna.
Perkataan semantik berasal daripada perkataan Greek sema yang bererti "tanda" (sign) . ‘sema’ juga bermaksud ‘isyarat’. Seterusnya kata itu menerbitkan kata semaine yang bermaksud ‘bererti’. Daripada sinilah terbitnya istilah semantik yang menamai satu bidang ilmu yang mengkaji atau analisa makna. Semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna dan oleh sebab makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik juga menjadi sebahagian daripada linguistik. Dalam semantik terdapat skop-skop semantik yang tertentu.
Menurut Palmer, Kompson & Katz semantik ialah “ as the study of meaning in natural language”.
zazh/upm
3
• Perkataan semantics telah diperkenalkan oleh seorang ahli filologi
Perancis, bernama Michel Breal pada tahun (1883) dalam makalah beliau yang bertajuk, “Les Lois Intellectuelles du Langage”. • Dalam makalah ini, Breal telah memberi tanggapan bahawa
semantik mempunyai kedudukan tersendiri di luar bahasa, misalnya bentuk perubahan makna, latar belakang perubahan makna, hubungan perubahan makna dengan logika dan hubungan makna dengan psikologi. (Aminuddin,1985:16). • Verhaar, (1983) - semantik - teori makna atau teori erti
zazh/upm
4
SIL Glossary of Linguistic Term mentakrif semantik sebagai satu kajian
makna yang berdasarkan ekspresi linguistik. (Semantics is, generally defined, the study of meaning of linguistic expressions.) Merriam Webster Dictionary – semantic - relating to the meanings of words and phrases
Semantik merupakan satu bidang yang bukan sahaja mengkaji makna
sesuatu perkataan, frasa, ayat tetapi turut mencari bagaimana untuk menerangkan makna sesuatu perkataan, frasa, ayat .
Semantik juga merupakan salah satu cabang linguistik yang mengkaji
hubungan ujaran linguistik yang berbeza-beza seperti homonim, sinonim, antonim, polisemi, dan hiponim.
Kajian semantik juga melibatkan kajian peranan semantik, makna dan
rujukan, syarat benar dan analisis wacana. Ilmu semantik mempunyai dua tahap perkembangan. Tahap permulaan ilmu semantik ialah semantik falsafah. Manakala tahap yang kedua ialah semantik linguistik. zazh/upm
5
Dalam kajian linguistik, bidang semantik dianggap sebagai
bidang yang paling sukar untuk diterokai. Ini kerana, untuk mengkaji makna, sama ada pada "peringkat perkataan atau ayat, pengkaji seharusnya mempertimbangkan sama aspek-aspek yang bukan linguistik, seperti kebudayaan konteks perkataan atau ayat itu diujarkan atau digunakan, aspek-aspek psikologi penutur, alam pemikirannya, hubungan sosial antara penutur dan pendengar, tajuk perbincangan, dan sebagainya.
Perkara-perkara ini semuanya mempengaruhi makna. Oleh
yang demikian, untuk memberikan makna yang paling tepat bagi sesuatu perkataan, perkara-perkara di atas mestilah diambil perhatian.
zazh/upm
6
Perkembangan Bidang Semantik Pengkaji bahasa pada awal abad ke-19 misalnya berminat sekali
dalam mengkaji makna, khususnya dari aspek perubahan makna, pengelasan makna dan sebab-sebab berlakunya perubahan kepada makna sesuatu perkataan. Semantik juga selanjutnya telah dijadikan sebagai dasar untuk penghuraian bahasa oleh ahli linguistik tradisional. Pada pertengahan dan akhir abad ke-20 pula, bidang ini semakin
mendapat perhatian, khususnya apabila munculnya golongan linguistik transformasi. Golongan ini beranggapan bahawa makna adalah satu aspek yang penting dalam bahasa, sama pentingnya dengan kajian terhadap struktur bahasa zazh/upm
7
Peringkat Pertama Plato (429 – 347 SM) Bunyi-bunyi
bahasa secara implisit mengandung makna tertentu. Dalam bukunya yang bertajuk Crafylus, Plato telah menggunakan perkataan 'semainein'. Katanya, "... bunyi bahasa secara tersirat, mengandungi makna" (Aminuddin 1985:15). Kata dasarnya ialah 'sema' yang bermaksud 'isyarat' atau 'tanda' dan 'semainein' sebagai kata terbitan bermakna 'memperlihatkan' atau 'menyatakan'.
Plato zazh/upm
8
Salah seorang murid Plato yang terkenal ialah Aristotle (384-322
S.M.) (Harimurti Kridalaksana 1982:14). Aristotle menghalusi falsafah metafizik dalam karangannya Filsafat Pertama. Menurut Aristotle, kata adalah satuan terkecil yang mengandung
makna. iatu (1) makna yang hadir dari kata itu sendiri secara otonom (makna leksikal), dan (2) makna yang hadir akibat proses gramatika (makna gramatikal). (Ullman 1977:3) Beliaulah yang mula-mula melahirkan fahaman 'logika'. Logika
atau lojik akal menurut beliau merupakan pewujudan daripada lambang yang telah ditakrifkan maknanya. Dengan fahaman logika, perkataan yang samar-samar atau tidak pasti maknanya dan perkataan yang tidak terbatas maksudnya, dihindari.
Aristotle zazh/upm
9
Memang ada perbezaan pendapat antara Plato dan Aristotle
Plato mempercayai tentang adanya hubungan bererti antara kata (bunyi-bunyi bahasa) dengan rujukannya. Sedangkan Aristotle, berpendapat bahawa hubungan antara bentuk dan erti kata adalah soal perjanjian antara pemakainya (Moulton 1976 : 3).
Namun kajian terhadap bahasa tidaklah terhenti selepas
Aristotle (yang mengutamakan makna), sebaliknya kebanyakan kajian yang kemudiannya lebih tertumpu pada fonetik/fonologi, morfologi dan sintaksis yang tidak mengutamakan makna.
Namun, gagasan yang dikemukakan oleh C. Chr. Reisig
(1820-1925) ahli bahasa Jerman tentang nahu bahasanya, iaitu (1) semasiologi, (2) sintaksis, dan (3) etimologi (Aminuddin 1985:15) telah menimbulkan semula peranan makna. zazh/upm
10
C. Chr. Reisig (1825) Konsep baru mengenai gramatika : Gramatika terdiri dari tiga unsur utama, iaitu : a) Semasiologi – kajian tentang tanda b) Sintaksis – kajian tentang susunan kalimat/ayat c) Etimologi – kajian tentang asal usul kata, perubahan bentuk kata, dan perubahan makna
zazh/upm
11
Peringkat Kedua Micheal Breal – kajian semantik dikaitkan dengan unsur di luar
bahasa itu sendiri. Misalnya: Perubahan makna Makna yang berhubungan dengan logika Makna yang berhubungan dengan psikologi
zazh/upm
12
Peringkat Ketiga Perbincangan semantik menjadi rancak semula. Ramai ahli
bahasa menekuni bidang ini sama ada kerana keperluan linguistik itu sendiri atau ilmu lain yang memerlukan semantik.
Salah seorang daripada mereka ialah Ferdinand de Saussure
(bangsa Swiss) yang berpendapat bahawa bahasa merupakan satu kesatuan yang terdiri daripada beberapa bahagian yang berhubung kait antara satu dengan yang lain. Beliau juga berpendapat bahawa ilmu bahasa merupakan salah satu cabang semasiologi. (Abu Bakar Hamid 1978:152).
Ferdinand de Saussure zazh/upm
13
Jost Trier (bangsa Jerman) mengembangkan pendapat de
Saussure dengan mengambil kira pandangan budayawan Jerman, iaitu J.G. von, Herder (1772) dan sarjana bahasa dan ahli falsafah Jerman W. von Humboldt (1836) berkenaan dengan makna, sehingga lahirlah gagasan Medan Makna.
Medan Makna yang dimaksudkan oleh Trier di sini ialah
perkataan yang pada mulanya mempunyai makna yang bertumpang-tindih akhirnya memiliki makna masing-masing secara khusus.
Jost Trier zazh/upm
14
Untuk gagasan ini beliau mengambil contoh bahasa Jerman pada
tahun 1200, iaitu perkataan kunst dan list. Kedua-dua perkataan ini maknanya tercakup dalam perkataan wisheit yang mengandungi makna 'pengalaman keagamaan'. Satu abad kemudian, iaitu pada tahun 1300 didapati ketiga-tiga
perkataan tersebut telah memiliki maknanya sendiri. Perkataan kunst mengandungi makna 'pengetahuan', perkataan list yang berubah menjadi wizzen mengandungi makna 'seni' dan perkataan wisheit mengandungi makna 'pengalaman keagamaan' (Aminuddin 1985:108).
zazh/upm
15
Bronislaw Malinowski
Bronislaw Malinowski seorang ahli antropologi telah membuat
kajian terhadap sekelompok masyarakat yang hidup di Pulau Coral (di Lautan Pasifik). Beliau mendapati bahawa pertuturan masyarakat di
pulau tersebut mempunyai hubungan dengan keadaan pekerjaan mereka. Masyarakat petani misalnya mempunyai pertuturan yang agak berbeza daripada pertuturan masyarakat nelayan.
Daripada hasil kajiannya ini beliau menyimpulkan satu gagasan
yang kemudiannya dikenali sebagai context of (keperihalan keadaan) (M. Yunus Maris 1978:65-166). zazh/upm
situation
16
Leonard Bloomfield, 1887-1949 (bangsa Amerika) berpendapat
bahawa dalam kajian semantik, yang utama ialah behavior (kebiasaan berbahasa). Kebiasaan berbahasa ini menurut beliau erat hubungannya dengan perlakuan manusia yang tertakluk pada stimulus (rangsangan) dan response (tindak balas). Dengan demikian, bahasa ialah data yang didengar. Data yang diperoleh ini kemudian disusun dan diklasifikasikan. Hasil cerakinan inilah yang kemudian disebut nahu.
Leonard Bloomfield
zazh/upm
17
John Rupert Firth
John Rupert Firth, 1890-1960 (bangsa Inggeris) seorang sarjana
linguistik telah tertarik dengan dapatan Malinowski. Jika Malinowski memandang bahasa dari sudut antropologi, Firth pula memandang bahasa dari sudut ilmu bahasa itu sendiri. Beliau menyimpulkan bahawa bahasa merupakan kesepakatan sesuatu masyarakat yang dipengaruhi oleh keperihalan keadaan dan diterima oleh masyarakat tersebut.
Gagasan ini kemudian dikenali sebagai Teori Semantik Kontekstual.
Teori ini sangat bermanfaat untuk menghuraikan makna bahasa yang terdapat dalam sesuatu masyarakat kerana setiap pentafsir makna akan dikaitkan dengan budaya masyarakat pengguna bahasa itu sendiri. Dari sinilah juga timbulnya istilah 'kata pusat' dan 'ungkapan pusat'. Antara buku Firth yang terkenal ialah The Tongue of Man and Speech (1984) dan Paper in Linguistics (1974). zazh/upm
18
Charles Kay Ogden dan I. Amstrong Richard atau lebih dikenali
sebagai Ogden & Richards berpendapat bahawa berlaku hubungan timbal balik antara gagasan dengan rujukan serta gagasan dengan lambang bahasa (lisan/bertulis) manakala lambang bahasa dengan rujukan hubungannya tidak langsung (Mansoer Pateda 1989:36). Perhatikan rajah yang berikut ini: G
LB
R
Petunjuk: G = gagasan LB = lambang bahasa R = rujukan zazh/upm
19
Pendapat Ogden & Richards telah dikritik oleh Stephen Ullmann
(1972) dengan hujah bahawa 'rujukan' sebenarnya di luar bidang bahasa. Hujah berikutnya beliau kemukakan bahawa takrifan 'lambang bahasa-gagasan-rujukan' sangat sukar untuk dijelaskan dan difahami. Oleh yang demikian, Ullmann memberikan beberapa kemungkinan hubungan 'maksud' dengan 'perkataan'.
Jika satu perkataan (P) mengandungi satu maksud (M), ia dapat
digambarkan seperti rajah yang berikut:
zazh/upm
20
Nama
Makna cantik
M1
segak
zazh/upm
M2
M3
ayu
jelita
21
Semiotik/semiologi – kajian ke atas sistem tanda dan terbahagi
kepada tiga bahagian, iaitu semantik- tentang pemaknaan tanda, sintaktik – tentang kombinasi tanda-tanda, dan pragmatiktentang asal usul, pengguaan dan pengaruhnya dalam perlakuan yang dihubungkan dengan tanda itu (Ullmann, 1962:15).
zazh/upm
22
Semiotik/semiologi – kajian ke atas sistem tanda dan terbahagi
kepada tiga bahagian, iaitu semantik- tentang pemaknaan tanda, sintaktik – tentang kombinasi tanda-tanda, dan pragmatiktentang asal usul, pengguaan dan pengaruhnya dalam perlakuan yang dihubungkan dengan tanda itu (Ullmann, 1962:15). Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) – pengkajian makna pada peringkat semantik belum dapat memberikan makna sepenuhnya sebagaimana yang dihajati oleh penutur. Pengkajian makna seharusnya melibatkan ilmu pragmatik, iaitu
ilmu penginterpretasian makna yang melibatkan faktor linguistik dan bukan linguistik. Gabungan antara kedua-dua faktor linguistik dan bukan linguistik ini dapat membantu pengkajian makna yang lebih berkesan. Nor Hashimah Jalaluddin
zazh/upm
23
Makna Referensial dan Non-referensial Sebuah kata bermakna referensial kalau ada referensnya, atau
acuannya dalam dunia nyata. Misalnya kata kuda, merah, dan gambar. Sebaliknya kata-kata seperti dan, kerana tidak mempunyai referens. Kata-kata yang acuannya tidak menetap pada satu maujud,
melainkan dapat berpindah dari maujud satu ke maujud lain disebut kata-kata deiktik. Yang termasuk kata- kata deiktik adalah kata-kata ganti nama (dia,
saya, kamu), kata-kata yang menyatakan ruang, misalnya di sini, di sana; kata-kata yang menyatakan waktu, seperti sekarang, besok; kata-kata yang disebut kata penunjuk, seperti ini dan itu
zazh/upm
24
Makna dan Jenisnya Geoffrey Leech (1974) Geoffrey Leech (1974:26) menggolongkan makna kepada tujuh jenis: 1
Makna konsepsi
2
Makna konotatif
: makna kognitif. kata yang berlainan daripada : makna makna asal: makna tersirat atau makna tambahan: makna emotif atau makna evaluatif.
3
Makna Stilistik
: makna berdasarkan situasi pengucapan.
4
Makna Afektif
: makna untuk menimbulkan kesan kepada pembaca dan pendengar.
5
Makna Refleksi
: makna yang pelbagai untuk sesuatu kata.
6
Makna Kolokasi
: makna berdasarkan hubungannya dengan kata lain.
7
Makna Tematik
: makna yang ditekankan dalam ayat.
Terdapat juga makna lain seperti :
1. Makna denotasi. 2. Makna konteks.zazh/upm
25
Kesimpulan Semantik ialah kajian tentang lambang atau tanda yang
menyatakan makna, hubungan antara satu makna dengan makna yang lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat. Semantik lahir daripada falsafah dan sehingga kini bahasa masih
dibayangi terus oleh falsafah. Daripada perkembangan semantik yang telah diperlihatkan jelas bahawa antara falsafah dengan bahasa dan antara bahasa dengan semantik tidak dapat dipisahkan.
zazh/upm
26
Sekian, terima kasih
zazh/upm
27