Nota Kuliah 1 BBM3202
Definisi Fonetik Fonetik ialah ilmu linguistik yang mengkaji
penghasilan bunyi bahasa Merupakan ilmu yang paling asas dalam aras kajian linguistik sebelum fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik.
Kedudukan Fonetik dalam Linguistik semantik (sistem makna) sintaksis (sistem ayat) morfologi (sistem kata) fonologi (sistem bunyi) fonetik (penghasilan bunyi)
Cabang ilmu Fonetik Artikulasi – mengkaji penghasilan bunyi menerusi alat
ujaran Akustik - mengkaji penghasilan bunyi menerusi gelombang udara Auditori - mengkaji penghasilan bunyi menerusi alat pendengaran dan otak
Alat Kajian dalam Fonetik Artikulasi Perakam x-ray – digunakan untuk merakam pergerakan alat ujaran Laryngoscopic/laryngeal fiberscope – digunakan untuk memerhati dan/atau mengambil gambar pita suara melalui cermin. Electromyography - digunakan untuk mengesan dan mengukur bilangan kecil potensi elektrik yang
digabungkan dengan penekanan otot pada tahap yang relevan dalam terusan ujaran.
Alat Kajian dalam Fonetik Akustik Spektrogram – digunakan untuk melihat
kekerapan/frekuensi dan luas getaran bunyi dalam jangka masa tertentu.
Kesimpulan Ilmu fonetik sangat penting kerana ia merupakan asas
kajian lingusitik. Ia mengkaji ilmu penghasilan bunyi menerusi alat ujaran, gelombang bunyi, pendengaran dan otak.